PENDEDAHAH TULUS DAN PENGAKUAN DIRI SEBAGAI BEKAS CEO KRI DEVELOPMENT SDN.BHD SEBAGAI MAKLUM BALAS DI ATAS FITNAH DAN TOMAHAN KEATAS SAYA.
Saya Muhamad Sobri Bin Din yang di tugaskan sebagai CEO oleh Hj Supandi Mohamad selaku President ( yang mengaku dirinya Mandate and Trustee of The Government ) dan juga En.Suhaimi sebagai Vice-President syarikat KRI DEVELOPMENT SDN BHD.
Selaku CEO syarikat,saya telah ditugaskan mencari dana untuk perlaksanaan projek-projek KRI Development Sdn Bhd di Kedah dibawah naungan IMT-GT Malaysia.
Secara tulus saya juga (seperti ramai yang lain)terpedaya dengan pengakuan Hj Supandi Mohamad akan kedudukan beliau sebagai pemegang mandat negara ditugaskan untuk membantu Negara bagi pihak Kerajaan Malaysia,memandangkan terlalu ramai yang datang berjumpa beliau terdiri dari pihak atasan Istana,Putrajaya,Koprat juga pegawai pegawai polis dan segala pertemuan dengan beliau diadakan di KL International Hotel ( milik Koperasi Polis ) di Kuala Lumpur.
Dalam pencarian dana pada tahun 2003 saya telah bertemu dengan Tuan Hj Abdul Rahim Abdul Wahab yang bersedia membantu mengadakan dana dengan menyerahkan pada saya documen kewangan (asal) berserta Hard Disk berjumlah USD 25 Billion dan bersama beliau kami kemudiannya menyerahkan kepada Hj Supandi Mohamad.
Hj Supandi Mohamad dengan sukacitanya yang kemudiannya menyerahkan dokumen kewangan tersebut kepada seorang wakil berbangsa cina yang dikatakan boleh melakukan kecairan kewangan tersebut melalui pebankan di Singapura dan Hong Kong.
Setelah beberapa tahun menunggu, pada awal tahun 2005 saya kemudian nya dihubungi oleh Tuan Hj Abdul Rahim Abdul Wahab menanya tentang perkembangan kewangannya dan malang bagi saya, lelaki cina tersebut tidak dapat dikesan serta dihubungi.
Kewangan yang ada dalam KRI juga dilihat dipergunakan oleh Hj Supandi dan En,Suhaimi dengan sesuka hati yang membabitkan jumlah yang besar.
Dengan keadaan sebegini saya telah hilang kepercayaan kepada kedua dua pengarah tersebut lantas mengambil keputusan meletak jawatan CEO dan menyerahkan surat perletakan jawatan untuk membuat kerja sendiri.
Pada awal bulan January 2007 saya secara kebetulan berjumpa dengan Tuan Hj Abdul Rahim Abdul Wahab dan beliau bertanya kepada saya apakah masih lagi berkerja dengan 'Si-penipu' tu?Terkejut saya lantas saya tunduk sedih dengan segala keadaan yang telah berlaku.
Adakah kamu masih mahu meneruskan perjuangan membantu raayat serta mengubah haluan hidup ? Kalau kamu sedia tulus didalam urusan itu saya sedia membantu kamu walaupun dokumen kewangan tersebut telah hilang dalam simpanan kamu.
Saya terasa amat sebak dengan tawaran tersebut dan berterima kasih yang amat kepada Tuan Haji Abdul Rahim kerana menerima saya.Mungkin beliau sedar pelbagai keperitan yang telah saya lalui.
Mulai dari saat itu Tuan Hj Abdul Rahim Abdul Wahab mula memberikan bimbingan kepada saya dan seterusnya mendaftarkan syarikat yang mana tertubuhnya I'DA WORLD GROUP SDN BHD pada 3 April 2007.Saya telah diberi kuasa sebagai CEO syarikat .
Saya dengan ini memohon maaf seandainya semasa menjalankan tugasan saya dahulu sebagai CEO di KRI DEVELOPMENT SDN BHD ada membelakangi mana mana pihak berbabit.Saya juga merupakan salah seorang pemangsa Hj Supandi Mohamad yang telah bertungkus lumus tanpa mengetahui penipuan serta perangcangan licik Hj Supandi.
Dengan pengumuman ini saya harap semua pihak berpuas hati serta tidak MENGAITKAN Tuan Hj Abdul Rahim Abdul Wahab juga I'DA WORLD GROUP SDN BHD yang jelas tidak ada bersangkut dengan Hj Supandi Mohamad atau KRI DEVELOPMENT SDN BHD atau mana mana yang bersangkutan pada kedua duanya dalam bentuk apa sekali pun.
Sila hubungi saya seandainya anda perlu penjelasan lanjut sebagai penafian kritikan diatas.
Muhamad Sobri Din - H/p 019 311 8217 dari jam 10am ke 6 pm atau
datang kepejabat saya di Kelana Jaya.Selangor
lamanweb: www.idaworldgroup.com.my
Sunday, September 26, 2010
« Newer Post
Older Post »
No response to “AKU PEDULI APA: Siapa Sebenar Abdul Rahim Abdul Wahab ?”
Leave a Reply